POLIS MARIN MENAHAN LIMA LELAKI YANG GAGAL MENGEMUKAKAN PENGENALAN DIRI*

POLIS MARIN MENAHAN LIMA LELAKI YANG GAGAL MENGEMUKAKAN PENGENALAN DIRI*

Semporna 18 Sept – Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah (PPM W4) berjaya menahan lima lelaki kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dalam satu operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Semporna bagi membanteras jenayah perjudian di Perkampungan Pulau Mabul Semporna, kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri bin Ali berkata, ketika PPM sedang menjalankan
OPS Bersepadu mendapati lima suspek yang mecurigakan dan pihak PPM telah berjaya menahan pada jam 11.30 malam.

Kesemua suspek gagal menunjukkan pengenalan diri yang sah ketika operasi itu di jalankan dan menyedari kehadiran pihak berkuasa suspek telah bertindak untuk melarikan diri tetapi gagal untuk memboloskan diri.

Menurutnya, PPM telah berjaya menahan kesemua suspek yang berumur antara 22 hingga 53 tahun.

PPM juga telah membawa kesemua suspek menggunakan botronda PSC71 untuk siasatan lanjut dan kesemua suspek di bawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Sumber : Fb Pasukan Polis Marisn W4 Sabah

Komen