POLIS MARIN GAGALKAN AKTIVITI SELUDUP MINYAK KELUAR NEGARA JIRAN

POLIS MARIN GAGALKAN AKTIVITI SELUDUP MINYAK KELUAR NEGARA JIRAN

TAWAU, 17 Sept – Tawau 14 Sept – Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah (PPM W4) berjaya merampas dua buah pump bot dalam satu operasi yang mana masing- masing berisi 53 jerikin (30 liter setiap 1 jerikin) bersamaan 1,650 liter minyak petrol dan 32 jerikin (30 liter setiap 1 jerikin) bersamaan 960 liter minyak petrol di tepi jambatan Perkampungan Atas Air Batu 4 Tawau disyaki cuba diseludup keluar daripada negeri ini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri bin Ali berkata, jam lebih kurang 5.30 hingga 5.40 petang PPM telah menggunakan bot samaran ketika menjalankan tugas Ops Gelora Khas dengan lima anggota telah menjumpai dua buah pump bot yang di tinggalkan yang tidak mempunyai nombor pendaftaran setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa di kawasan tersebut.

Hasil Pemeriksaan PPM yang dijalankan ke atas bot tersebut telah menemukan sebanyak 84 buah jerikin bersamaan 2,610 liter minyak petrol disyaki dibawa ke selatan Filipina.

Menurutnya, hasil barangan yang di rampas oleh PPM adalah 84 jerikin minyak petrol, dua buah pump bot dan 6 enjin pam bot dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 29,579.00

Kesemua barangan tersebut dirampas di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana cuba seludup.

Sumber: fb Pasukan Polis Marin W4 Sabah

#myTawau

Komen