POLIS LAHAD DATU TAHAN LELAKI WARGA ASING, RAMPAS SYABU 30.79 GRAM

POLIS LAHAD DATU TAHAN LELAKI WARGA ASING, RAMPAS SYABU 30.79 GRAM

LAHAD DATU; 5 JANUARI 2020 (Ahad) – Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Lahad Datu menahan seorang lelaki Warga Indonesia dan merampas 30.79 Gram Syabu dengan anngaran nilai lebih 4-ribu ringgit dalam serbuan di Batu 9, simpang KTS, Jalan Lahad Datu-Tawau, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerahnya, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, lelaki berumur 37 tahun berkenaan ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 5.30 petang.

Beliau berkata, suspek kemudian menyerahkan satu paket plastik lutsinar didalamnya mengandungi 4 paket plastik berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dan 20 gulong kertas timah.

Ujian air kencing mendapati suspek Positif Methaphetamine dan akan disiasat dibawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *