POLIS LAHAD DATU GEMPUR SARANG DADAH, 27 INDIVIDU DITAHAN TERMASUK 16 PATI

POLIS LAHAD DATU GEMPUR SARANG DADAH, 27 INDIVIDU DITAHAN TERMASUK 16 PATI

LAHAD DATU; 6 FEBRUARI 2019 (Rabu) – Polis berjaya menahan 27 individu termasuk 14 tangkapan bersabit Dadah menerusi Operasi Bersepadu ‘Op Sarang’ yang dijalankan di kawasan Kampung Desa Bajau Lahad Datu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, menerusi Op Sarang tersebut dua suspek termasuk seorang wanita didapati memiliki dadah dan ditahan dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Hasil ujian saringan air kencing mendapati tujuh suspek positive.

Beliau berkata, tangkapan lain bersabit Dadah, Polis talah menahan 10 suspek lelaki dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dua suspek lelaki ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, polis turut berjaya merampas empat peket plastik lut sinar pelbagai saiz berisi hablur jernih disyaki Syabu dengan berat keseluruhan 11.42 gram dianggarkan bernilai 1-ribu 713-ringgit.

ACP Nasri berkata, seramai 40 individu telah diperiksa sementara 16 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) iaitu 12 lelaki dan 4 wanita yang berumur 15 hingga 58 tahun turut ditahan dalam operasi tersebut.

Operasi Ops Sarang yang dijalankan kira-kira hampir 10 jam itu bermula pukul 3 pagi dan berakhir 12.30 tengahari itu disertai 7 Pegawai dan 50 anggota polis dan Jabatan Imigresen.

#BESTAWAUfm

Komen