POLIS GIAT JALANKAN OPERASI PEMUTIHAN SETINGGAN, 43 RUMAH DIKESAN DIDIRIKAN TANPA KEBENARAN MPT DI KG TITINGAN

POLIS GIAT JALANKAN OPERASI PEMUTIHAN SETINGGAN, 43 RUMAH DIKESAN DIDIRIKAN TANPA KEBENARAN MPT DI KG TITINGAN

TAWAU; 13 MARCH 2019 (Rabu) – Polis Tawau kini giat melaksanakan Operasi pemutihan penempatan khususnya di kampung-kampung setinggan di sekitar daerah Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, operasi secara agresif itu bukan sahaja memperlihatkan langkah pencegahan jenayah, tetapi bertujuan mengenal pasti penempatan setinggan yang didirikan dan dihuni secara haram atau tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Katanya, menerusi Operasi Sarang yang dijalankan di Kampung Titingan, sebanyak 227 rumah diperiksa dan mendapati 43-buah rumah tidak mempunyai kebenaran untuk diduduki oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Tawau.

ACP Fadil berkata, polis menahan dua lelaki dan dua wanita warga Indonesia atas kesalahan dibawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 sementara seorang lelaki warga tempatan turut ditahan dibawah Akta Pendaftaran Negara.

Operasi selama lima jam bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari itu disertai sembilan pegawai dan 100 anggota dari pelbagai agensi penguatkuasa termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Sukarelawan PDRM.

#BESTAWAUfm

Komen