POLIS BURU LELAKI ROGOL NENEK BERUSIA 72 TAHUN

POLIS BURU LELAKI ROGOL NENEK BERUSIA 72 TAHUN

TUARAN: Seorang lelaki seakan dirasuk setan apabila sanggup merogol warga emas berusia 72 tahun di sini.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, Sabtu lalu mangsa dikatakan berseorangan di rumah di Tamparuli, dan terjaga apabila melihat suspek sudah berada di hadapanya sambil menunjukkan isyarat tangan ke arah mangsa supaya tidak menjerit.

Suspek kemudian berkata supaya mangsa memberi peluang kepadanya untuk melakukan seks kerana sudah lama tidak berbuat demikian.

Mangsa cuba melawan lelaki itu namun kudrat dengan status sebagai warga emas menyebabkan mangsa tidak mampu melawan sebelum suspek merogolnya.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Kota Kinabalu, Likas untuk pemeriksaan lanjut.

“Usaha mengesan suspek sedang dilakukan. Kes siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,” katanya. -SabahNewsToday

Komen