POLIS BURU 2 SUSPEK LELAKI DIKEHENDAKI DI LAHAD DATU

POLIS BURU 2 SUSPEK LELAKI DIKEHENDAKI DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 22 JANUARI 2020 (Rabu) – Polis sedang mengesan dua suspek lelaki dikehendaki disyaki melakukan kesalahan berhubung Kes pukul, Kes Pecah Kereta dan Kes Curi di Lahad Datu, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, dua suspek berkenaan dikehendaki dan akan disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, Berhubung kes tersebut, kedua-dua suspek dipercayai melakukan kes jenayah di kawasan Bandar Sri Perdana pada 18 Januari kira-kira pukul 11.30 malam.

Justeru, pihaknya meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek seperti yang tertera pada gambar agar tampil membantu pihak Polis dengan menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan atau berhubung di talian 089-881255.

Sumber: BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *