POLIS BOMBALAI TANGKAP SUSPEK PECAH TABUNG MASJID KURANG 24JAM

POLIS BOMBALAI TANGKAP SUSPEK PECAH TABUNG MASJID KURANG 24JAM

“TIADA ISTILAH SERIK DALAM DIRINYA”
POLIS BOMBALAI TANGKAP SUSPEK PECAH TABUNG MASJID KURANG 24JAM

TAWAU, 08 JANUARI 2019 – “TIADA ISTILAH SERIK DALAM DIRINYA” seorang bekas banduan yang baru keluar penjara sebulan yang lepas berjaya ditangkap oleh sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai dan PPK Merotai/Brumas sekitar jam 1614 petang tadi di rumah suspek bersabit kes Pecah Tabung Masjid di Kampung Merotai Besar pada hari yang sama berdasarkan rakaman CCTV masjid tersebut.

Gambar dari fb polis daerah tawau
Gambar dari fb polis daerah tawau

Menyedari kehadiran polis, suspek cuba meloloskan diri namun berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan.

Gambar dari fb polis daerah tawau
Gambar dari fb polis daerah tawau

Pemeriksaan polis terhadap suspek telah dibuat dan telah merampas sejumlah wang tunai yang di ambil dari tabung masjid atas pengakuan dari suspek sendiri. Suspek juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri semasa pemeriksaan dijalankan.

Suspek tersebut telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber: fb polis daerah Tawau

Komen