POLIS BOMBALAI DAN PPK MEROTAI TANGKAP SUSPEK PECAH RUMAH

POLIS BOMBALAI DAN PPK MEROTAI TANGKAP SUSPEK PECAH RUMAH

Tawau, 22 Mei 2019 – Bertindak atas maklumat, petang tadi bertempat di kawasan Kampung Pangkalan Asli, Merotai Besar, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai dan PPK Merotai telah menahan seorang lelaki disyaki suspek kes pecah rumah.

Suspek merupakan lelaki berusia lebih kurang 28 tahun pada mulanya cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis. Dia kemudiannya berjaya diberkas walaupun berlaku pergelutan dengan polis.

Hasil siasatan awal, suspek mengakui secara lisan penglibatannya dalam kes pecah rumah di sebuah rumah di kawasan Kampung Kuala Merotai minggu lalu.

Suspek kemudian memandu arah ke tempat dia menyimpan barang-barang curi dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber: polis daerah Tawau

Komen