POLIS BOMBALAI BERJAYA MENUMPASKAN PEMBEKAL DADAH

POLIS BOMBALAI BERJAYA  MENUMPASKAN PEMBEKAL DADAH

TAWAU, 16 FEBRUARI 2020 – Sepasukan polis IPD Tawau dari Balai Polis Bombalai/PPK Merotai/Brumas berjaya menangkap seorang lelaki yang dalam mencurigakan di sebuah rumah tidak bernombor sekitar kawasan Kampung Pitas, Bombalai, Tawau semasa membuat rondaan pencegahan jenayah.

Menyedari kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan.

Pemeriksaan tubuh badan terhadap suspek telah menjumpai (25) paket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu. Kesemua paket tersebut disembunyikan di dalam Beg Sandang yang dipakai lelaki tersebut semasa pemeriksaan Polis dijalankan. Suspek juga disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri. Selain itu, suspek juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan dijalankan.

Suspek beserta barang rampasan yang seberat 5.08 gram telah dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952.

Sumber: fb polis daerah Tawau

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *