POLIS BERKAS TIGA INDIVIDU TERLIBAT KES PECAH RUMAH DAN CURI DI SEMPORNA

POLIS BERKAS TIGA INDIVIDU TERLIBAT KES PECAH RUMAH DAN CURI DI SEMPORNA

SEMPORNA; 12 MARCH 2019 (Selasa) – Polis berjaya menahan tiga individu tempatan termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah dan curi di Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supritendan Peter Anak Umbuas berkata, dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek yang berumur lingkungan 17 hingga 19 tahun, pihaknya telah berjaya menyelesaikan beberapa kes jenayah pecah rumah dan curi di daerah berkenaan.

Katanya, selain hasil maklumat risikan dan usaha berterusan yang di jalankan pihak Polis, ketiga-tiga suspek berjaya diberkas di tiga lokasi berasingan di sekitar Semporna pada 4 mac lepas.

Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai barang curi iaitu sebuah Laptop Macbook jenama Apple, dua buah telefon Iphone-8 jenama Apple, sebuah telefon bimbit jenama Vivo, sebuah telefon jenama Oppo, earphone, powerbank, cermin mata dan cassing telefon.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Semporna.

Kesemua suspek bebas dari penggunaan dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

Suspek masih dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut dan Kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

#BESTAWAUfm

Komen