POLIS BERKAS SUSPEK KES SAMUN DALAM TEMPOH 48 JAM

POLIS BERKAS SUSPEK KES SAMUN DALAM TEMPOH 48 JAM

Tawau, 14 Februari 2019 – Polis berjaya memberkas seorang suspek dalam kes samun dua hari yang lalu selepas melakukan jenayah terhadap seorang jurujual di Taman Unipark, Jalan Utara, Tawau Isnin lalu.

Suspek seorang lelaki tempatan yang berumur 22 tahun itu diberkas di Kampung Kijang, Merotai Besar pada kira-kira jam 2.00 petang kemarin selepas menyamun seorang jurujual di Kedai Mega Hardware Enterprise, Taman Unipark Jalan Utara, Tawau dalam insiden kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj. Marsus berkata, mangsa seorang lelaki berbangsa cina telah disamun di dalam sebuah kedai oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dengan menaiki sebuah motosikal dan telah berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek.

Ekoran dari pergelutan itu, mangsa mengalami kecederaan dibahagian kepada, dahi dan bibir serta wang tunai sejumlah RM 30,000 berjaya dilarikan suspek.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dengan dibantu anggota dari Balai Polis Bombalai dan Pondok Polis Merotai, telah memberkas seorang suspek dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kijang, Merotai Besar,

“Ketika Polis memperkenalkan diri, suspek cuba melarikan diri dan akhirnya dapat ditangkap setelah berlaku pergelutan antara suspek dan pihak Polis,” katanya.

Hasil siasatan awal Polis, suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu, dengan dipandu arah, suspek telah membawa Polis ke belakang rumahnya dan menunjukkan sebuah bungkusan plastik berwarna merah yang mengandungi sejumlah wang tunai RM14,000 yang ditanam serta sebuah motosikal yang digunakan dalam melakukan jenayah dalam kes tersebut.

ACP Fadil mengulas, suspek dibawa ke IPD Tawau dan ditahan untuk siasatan lanjut, kes disiasat mengikut seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Selain itu, tindakan drastik dan agresif PDRM Tawau dalam membendung kegiatan jenayah dalam strategi pengoperasian yang berterusan dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang.

➡ Aplikasi VSP
Apple IOS
https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2

➡ Talian 089-772121 atau email polistawau@gmail.com

Sumber: fb polis daerah Tawau

Komen