PKR Sabah kedua tertinggi bilangan keahlian selepas selangor dinasihat tingkat prestasi

PKR Sabah kedua tertinggi bilangan keahlian selepas selangor dinasihat tingkat prestasi

TAWAU; 23 SEPTEMBER 2018 (Ahad) – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan anggotanya di Sabah, yang menyumbang bilangan anggota kedua tertinggi di seluruh negara, supaya menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata, anggota parti perlu memahami bahawa parti itu bukan hanya untuk golongan atasan, sebaliknya parti yang memperjuangkan dan membela nasib rakyat di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kebangsaan di Taman Sawit, Balung dekat Tawau, hari ini.

Datuk Seri Anwar berkata rakyat memerlukan pimpinan parti yang amanah dalam perjuangan membela nasib rakyat dan bukan untuk menyokong pemimpin yang “mengkayakan” diri sendiri.

Pada majlis itu, beliau turut mengingatkan anggota parti yang mahu kekal dalam parti supaya mengikut peraturan yang ditetapkan.

Mengenai pemilihan parti yang kini sedang berlangsung, Anwar mengingatkan anggota agar memilih calon yang setia kepada parti, berani berjuang dan tidak sibuk mencari kedudukan.

Kira-kira 1-ribu masyarakat di kawasan tersebut penyokong PKR menghadiri majlis berkenaan yang sanggup berhujan demi mendengar amanat pemimpin mereka.

Sumber: #BESTAWAUfm

Komen