PGA TAWAU TANGKAP LELAKI DISYAKI MEMILIKI DADAH JENIS SYABU DAN CUBA MEMBERI RASUAH

PGA TAWAU TANGKAP LELAKI DISYAKI MEMILIKI DADAH JENIS SYABU DAN CUBA MEMBERI RASUAH

TAWAU – Pada 05.09.2019 jam lebih kurang 1400 hrs, bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota polis dari bahagian risik dan strike Force Road Check Point (RCP kalabakan) Kompeni ‘A’ Batalion 14 Pasukan Gerakan Am Tawau, telah membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kg Brantian, Batu 7 Kalabakan.

Semasa serbuan dijalankan, ketua pasukan telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis kepada tiga (3) orang lelaki dan seorang perempuan yang sedang duduk di ruang tamu rumah tersebut. Kesemua mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap walau berlaku pergelutan semasa proses penangkapan namun tiada kecederaan berlaku.

Polis terus membuat pemeriksaan ke atas sebuah beg sandang berwarna coklat jenama ‘Napoleon francis’ yang disandang oleh salah seorang lelaki tersebut mendapati satu bungkusan plastik berwarna hitam didalamnya mengandungi 14 peket plastik lutsinar berlainan saiz berisi bahan hablur disyaki dadah jenis ‘Syabu’ dan berat kasar setelah ditimbang adalah 93.80 gram.Turut dirampas satu penimbang digital jenama ‘HARNIC’ serta wang tunai berjumlah RM842.00 dari beg sandang tersebut. Pemeriksaan Badan juga dilakukan keatas dua lelaki lagi namun tiada dadah dijumpai di badan mereka.

Pasukan serbuan juga merampas satu bekas plastik berwarna putih bertutup bertulis ‘Lithium rechargeable headlight’ berisi peralatan membungkus dan menghisap syabu dari atas meja di ruang tamu rumah tersebut. Turut dirampas sebilah samurai bersarung panjang lebih kurang 26cm, dua bilah parang bersarung panjang lebih kurang 19cm dan.23cm, sebilah parang sabit bersarung panjang lebih kurang 17cm dan sebilah parang panjang lebih kurang 27cm.

Semasa pemeriksaan dijalankan, datang dua (2) orang lelaki ke anjung rumah tersebut untuk membeli syabu. Kedua-dua lelaki tersebut cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh pasukan polis. Pemeriksaan badan dijalankan terhadap kedua lelaki tersebut tetapi tiada dadah dijumpai.

Dalam masa pasukan polis masih membuat pemeriksaan di tempat itu, datang seorang lelaki dengan alasan ingin berunding melepaskan tangkapan dengan menawarkan wang suapan berjumlah
RM5000.00. Lelaki tersebut juga ditangkap kerana telah memberi rasuah kepada pegawai dan anggota polis yang sedang menjalankan tugasnya.

Kesemua tangkapn dan rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sumber: pga Tawau

Komen