PGA TAWAU TANGKAP LELAKI BERSAMA 15 PAKET KETULAN JERNIH DISYAKI SYABU.

PGA TAWAU TANGKAP LELAKI BERSAMA 15 PAKET KETULAN JERNIH DISYAKI SYABU.

TAWAU – Pada 14.09.2019 jam lebih kurang 2030 hrs, bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota strike force dari Kompeni ‘A’ Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Polis Di Raja Malaysia yang diketuai oleh Insp Rasman Bin Usman membuat pemerhatian di Simpang Klinik Kalabakan. Hasil pemerhatiian tersebut telah nampak seorang lelaki menaiki motorsikal jenis tidak pasti berwarna hitam dan tiada nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan.

Polis menahan penunggang motorsikal tersebut, namun lelaki itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. Berlaku pergelutan semasa proses penangkapan dibuat dimana lelaki berkenaan telah mengeluarkan sebilah pisau yang diselit dipinggang sebelah kanannya menyebabkan seorang anggota polis telah mengalami kecederaan dalam pergelutan itu.

Pemeriksaan keatas lelaki berkenaan merupakan seorang warganegara berusia 24 tahun dan menetap di Kg. Kalabakan, Tawau. Pemeriksaan lanjut dijalankan pada beg sandang kepunyaannya yang disaksikan sendiri oleh suspek mendapati satu (1) bekas berwarna hijau yang bertulis ‘doublemint’ dalamnya mengandungi 15 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis ‘Syabu’. Turut dirampas dalam beg suspek ialah wang tunai berjumlah RM 170.00 dipercayai wang hasil jualan dadah tersebut.Sebuah motorsikal jenis tidak diketahui dan sebilah pisau juga dirampas dalam kejadian itu.

Kesemua tangkapan dan rampasan di bawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Sumber: FB Pga Tawau.
#myTawau

Komen