PGA TAWAU TAHAN PATI DI RCP JALAN KALABAKAN-SEPULUT.

PGA TAWAU TAHAN PATI DI RCP JALAN KALABAKAN-SEPULUT.

TAWAU – Tarikh 02.07.2019 jam lebih kurang 0150 hrs bertempat di sekatan jalanraya (RCP) Kalabakan-Sepulut sepasukan pegawai dan anggota polis yang diketuai oleh Insp Karmjit Singh A/L Arter Singh dari Batalion 14 PGA Tawau yang menjalankan tugas RCP telah menahan dan memeriksa sebuah kenderaan lori jenis Nissan UD nombor pendaftaran ST 1190X atas nama sebuah syarikat plantation yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berbangsa dusun beralamat Kampung Marasak Keningau, Sabah.

Semasa pemeriksaan dibuat keatas kenderaan tersebut, telah menjumpai seramai 7 orang lelaki, 2 perempuan dan seorang kanan-kanak yang berusia lingkungan 8 hingga 65 tahun sedang bersembunyi di belakang lori berkenaan.

Pemeriksaan lanjut dijalankan dan mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Turut dirampas sebuah lori berwarna hitam, berat lebih kurang 10 tan dan 2 buah motorsikal jenis Honda yang dimuatkan dibelakang lori.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut. -Fb pga Tawau

Komen