PGA BATALION 14 TAHAN LELAKI TULAR KES CURI TABUNG MADRASAH DI KEDAI SERBANEKA 24JAM DI SABINDO

PGA BATALION 14 TAHAN LELAKI TULAR KES CURI TABUNG MADRASAH DI KEDAI SERBANEKA 24JAM DI SABINDO

TAWAU; 12 SEPTEMBER 2019 (Khamis) – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau berjaya menahan seorang lelaki tempatan disyaki terbabit dalam kes mencuri tabung madrasah di sebuah kedai Serbaneka 24jam di Sabindo yang tular di media sosial sejak 9 September lepas.

Pegawai Pemerintahnya, Superitendan Mustapha Othman dalam kenyataan berkata, lelaki berumur 21 tahun itu ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan berhampiran masjid Kampung Titinggan Tawau.

Beliau berkata, lelaki berkenaan mengaku telah mencuri tabung derma madrasah di premis Serbaneka pada isnin lepas kira-kira pukul 3 pagi.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek juga Pernah bersabit atas dua kesalahan dadah.

Menurut Superitendan Mustapha, suspek telah diserahkan kepada pihak polis IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

#BESTAWAUfm

Komen