PGA BATALION 14 TAHAN 4 PATI, RAMPAS BAKAKUK DAN SYABU DI KALABAKAN

PGA BATALION 14 TAHAN 4 PATI, RAMPAS BAKAKUK DAN SYABU DI KALABAKAN

TAWAU; 9 SEPTEMBER 2019 (Isnin) – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 menahan 4 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas selaras bakakuk bersama peluru serta dadah jenis syabu di Kawasan Simpang 4 Batu 10 Kalabakan, malam Tadi.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) DCP Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan berkata, keempat-empat lelaki berkenaan ditahan sepasukan anggota strike force yang menjalankan tugas risik dan terbabit pada 8.30 malam.

Lelaki berumur 22 hingga 41 tahun itu ditahan selepas tiga motorsikal yang dinaiki lima suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan lanjut mendapati 4 suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah sementara pemeriksaan lanjut pada beg sandang seorang suspek menemui satu peket lutsinar disyaki berisi syabu dan sebutir peluru hidup.

Siasatan lanjut terhadap pemilik sebutir peluru membawa kepada penemuan senapang bakakuk Dan dua peluru yang disembunyikan di dalam semak ladang kelapa sawit kawasan terbabit.

Pemeriksaan air kencing mendapati kesemua suspek yang ditahan Positif dadah.

Kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

#BESTAWAUfm

Komen