PGA BATALION 14 RAMPAS 820-KARTON ROKOK SELUDUP PELBAGAI JENAMA DI KALABAKAN

PGA BATALION 14 RAMPAS 820-KARTON ROKOK SELUDUP PELBAGAI JENAMA DI KALABAKAN

TAWAU; 10 SEPTEMBER 2019 (Selasa) – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 merampas 820-karton rokok seludup pelbagai jenama dan sebuah motokar di persimpangan Jalan Bulatan Kalabakan pukul 3 pagi, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 14, Superintendan Mustapha Othman dalam kenyataan berkata, bagaimanapun tiada tangkapan suspek dibuat berikutan kenderaan yang dirampas berhenti di bahu jalan dan dipercayai ditinggalkan pemandu.

Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan terbabit menemui longgokan kotak dibaluti plastik hitam yang mengandungi 820 karton rokok seludup pelbagai jenama iaitu Premiro, Djarum Black, Surya Menthol dan Fit Wild bernilai 64-ribu ringgit.

Kesemua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

#BESTAWAUfm

Komen