PESURUHJAYA POLIS SABAH SAHKAN 9 NELAYAN DICULIK BERJAYA DISELAMATKAN TENTERA FILIPINA

PESURUHJAYA POLIS SABAH SAHKAN 9 NELAYAN DICULIK BERJAYA DISELAMATKAN TENTERA FILIPINA

KOTA KINABALU; 22 JUN 2019 (Sabtu) – Sembilan daripada 10 nelayan yang diculik kumpulan militan di perairan Felda 9 , Lahad Datu baru-baru ini berjaya diselamatkan
Pasukan keselamatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi RTM hari ini yang mengesahkan kejadian itu.

Menurut beliau, polis masih mendapatkan maklumat terperinci mengenai insiden sembilan mangsa culik yang diselamatkan hari ini.

Jelasnya, kesemua mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan di bawah jagaan (tentera Filipina).

Beliau berkata, faktor kesemua diselamatkan dan dibebaskan daripada cengkaman penculik berkemungkinan mereka tidak mempunyai nilai ekonomi yang menjurus kepada permintaan wang tebusan.

Bagaimanapun katanya, lokasi sebenar kesemua mangsa yang diselamatkan itu pihaknya masih belum menerima maklumat sepenuhnya.

Terdahulu, 10 nelayan dipercayai diculik kumpulan yang difahamkan mempunyai kaitan dengan aktiviti culik untuk tebusan (KFR) di perairan Felda Sahabat 9 , Lahad Datu sebelum dibawa ke Pulau Sitangkai di selatan Filipina, jam 2 pagi, pada 18 Jun lalu.

Dipercayai kesemua mangsa adalah pemegang kad lepa-lepa atau kad burung-burung iaitu resit yang diberikan ketika datang ke Sabah pada sekitar tahun 70-an.

Ketika kejadian kesemua mangsa berada di perairan berkenaan tanpa permit dan melanggar perintah berkurung yang dilaksanakan pihak berkuasa.

#BESTAWAUfm

Komen