Peserta mualaf dari Ranau Sabah cipta sejarah juarai Da’i Musim Keenam

Peserta mualaf dari Ranau Sabah cipta sejarah juarai Da’i Musim Keenam

SHAH ALAM: Peserta mualaf berasal dari Ranau, Sabah iaitu Muhammad Adam Muhibullah Abdullah muncul sebagai juara program Da’i Pendakwah Nusantara musim keenam yang berlangsung pada malam Jumaat.

Kemenangan itu membolehkan Adam, 26, membawa pulang hadiah wang tunai RM60,000 berserta pakej mengerjakan Umrah untuk dua orang berserta trofi.

Penuntut tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Dakwah & Pengurusan Sumber Insan dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) itu juga turut membawa pulang trofi Da’i Pilihan Almas yang membolehkan memenangi wang tunai RM2,000 berserta produk Almas bernilai RM2,000 berserta trofi.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Imran Mohd Zaki, 21, manakala Haziq Safwan Norzaman, 22, ditempat ketiga.

Zaki membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan pakej mengerjakan Umrah untuk seorang berserta trofi manakala Haziq menerima hadiah RM12,000 berserta produk Almas bernilai RM2,000.

Pakej Umrah adalah tajaan Almas Beauty & Health Sdn Bhd manakala wang tunai dan trofi sumbangan TV3.

Sementara itu, Adam ketika ditemui memberitahu tidak menyangka akan bergelar juara kerana merasakan pesaingnya, Imran akan memenangi pertandingan berbentuk dakwah itu.

Sumber mStar

Komen