Pesawat Lion Air menjunam 965 km/j sebelum terhempas

Pesawat Lion Air menjunam 965 km/j sebelum terhempas

KETUA Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi (tengah) melihat serpihan daripada pesawat Lion Air dikumpulkan di Pelabuhan Tanjung Priok. – Foto ReutersWASHINGTON: Pesawat Lion Air yang terbabit dalam nahas di Indonesia Isnin lalu menjunam dengan pantas, dengan kelajuan mungkin mencecah 965 kilometer sejam atau lebih sebelum terhempas ke dalam laut, menurut tiga pakar yang membuat pengiraan berdasarkan data awal pengesan pesawat.

Boeing 737-MAX8 itu menjunam dengan sedikit atau tiada langsung pusingan dan hujungnya menunjukkan 45 darjah di bawah horizon sejurus sebelum impak, kecuraman luar biasa bagi pesawat, menurut analisis data yang diberikan FlightRadar24.

Kelajuan pesawat akan disahkan oleh rakaman data penerbangan, yang sudah ditemui tetapi belum dianalisis.Pegawai Indonesia belum menyiarkan sebarang butiran khas mengenai laluan atau kelajuan pesawat itu.Ia terhempas sejurus berlepas dari Jakarta dalam perjalanan ke Pangkal Pinang.Data FlightRadar24, yang diperoleh daripada transmisi radio pesawat itu, menunjukkan ia bergerak pada kelajuan 1,014 kilometer sejam sebelum terhempas di Laut Jawa.

ANGGOTA Agensi Pengurusan Bencana (BNPB) menyusun serpihan pesawat Lion Air di Pelabuhan Tanjung Priok. – Foto EPA

PETUGAS Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) bersama Agensi Pengurusan Bencana (BNPB) memeriksa serpihan daripada badan pesawat Lion Air di Pelabuhan Tanjung Priok. – Foto EPA

Anggaran itu pertama kali dikira oleh bekas penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), Scott Dunham, yang menggabungkan jarak pesawat itu bergerak secara mendatar dan menegak untuk tiba pada kelajuan yang dianggarkan.Dunham, yang terbabit dalam siasatan pada 2003 mengenai kemusnahan pesawat angkasa lepas Columbia dan puluhan nahas pesawat, melakukan analisis itu atas permintaan Bloomberg News.Siasatan mengenai nahas itu kini diketuai Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia.Ia dibantu wakil dari NTSB, Boeing selain Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat. — Agensi

Komen