Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018 bermula

Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018 bermula

Sesi Penilaian Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018 Peringkat Kebangsaan kategori Pintu Gerbang di jalan kn di kg pukat tajung batu laut tawau sabah

#sayangimalaysiaku

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menganjurkan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018 bermula
1 hingga 31 Ogos 2018 bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
2018.
Pertandingan yang merupakan program tahunan JaPen sejak tahun 2010 bertujuan
memupuk semangat patriotik dan cintakan Negara di samping meningkatkan kesedaran
dan penghayatan kemerdekaan sama ada secara individu mahupun organisasi melalui
cetusan kreativiti dalam menyampaikan informasi kenegaraan. Fokus utama
penganjuran pertandingan adalah untuk memberi pengiktirafan serta penghormatan
kepada rakyat Malaysia melalui suasana keceriaan sambutan Bulan Kebangsaan

dengan cetusan kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di kawasan kampung, bangunan
dan premis masing-masing dalam usaha menggelorakan semangat patriotik secara
holistik dan bersepadu.

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *