Permohonan Salleh Said Keruak masuk PKR dipertimbang — PKR

Permohonan Salleh Said Keruak masuk PKR dipertimbang — PKR

KUALA LUMPUR, 5 Okt  — Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil mengesahkan telah menerima permohonan keanggotaan Datuk Seri Salleh Keruak secara dalam talian.

Fahmi dalam satu kenyataan hari ini berkata Biro Politik PKR akan membincang dan mempertimbangkan  permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu pada mesyuarat yang akan datang.

“Mengenai permohonan keanggotaan Datuk Seri Salleh Said Keruak, saya ambil maklum laporan media yang mengatakan beliau telah membuat permohonan keanggotaan parti.

“Berdasarkan rekod, saya difahamkan parti memang ada terima permohonan keanggotaan daripada beliau secara dalam talian (online). Bagaimanapun, Biro Politik Keadilan (PKR) akan membincangkan dan memberi pertimbangan kepada perkara ini pada mesyuarat akan datang ” katanya.

— BERNAMA

Komen