PENYANYI ASAL TAWAU JADI TUMPUAN RANCANGAN REALITI TV DI KOREA

PENYANYI ASAL TAWAU JADI TUMPUAN RANCANGAN REALITI TV DI KOREA

JEJAKA berbangsa cina berasal dari daerah Tawau, Sabah menjadi tumpuan netizen di media sosial baru-baru ini yang mana video persembahan jejaka ini tular di Facebook dan Youtube. Menjadi bualan rakyat Malaysia, Bernard Kwo, 25, bekerja sebagai “Barista” di sebuah cafe terkemuka di Kuala Lumpur. Baru-baru ini Bernard ada berbual editor, bercerita mengenai Video Viral yang trending di Youtube.

“Saya pun tidak sangka video saya di youtube boleh viral, ramai inbox saya tanya pasal video itu”, kata Bernard dalam ‘slang’ cina sedikit.

Berkaitan dengan pembabitan beliau dalam rancangan realiti tv ‘I Can see your Voice’ yang diadakan di Korea, beliau terpilih mewakili Malaysia melalui pendaftaran online di website dan terus diberi peluang untuk datang ke rancangan tersebut.

“Pada mulanya saya memang tidak mahu pergi, tapi atas usaha dan dorangan daripada kedua ibubapa dan kawan-kawan, saya pun terima tawaran tersebut”

“Saya memang minat nyanyi sejak kecil lagi, dan saya memang aktif menyanyi dan rakam video upload di Youtube”

“Saya berharap, suatu hari nanti saya boleh menjadi seorang penyanyi yang terkenal di dalam dan luar negeri seperti Sheila Hamzah yang popular di negara China” katanya kepada editor baru-baru ini menghubungi Bernard melalui telefon.

Komen