PENUNGGANG MOTOSIKAL PATAH TANGAN KIRI KEMALANGAN DI JALAN KUHARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL PATAH TANGAN KIRI KEMALANGAN DI JALAN KUHARA

TAWAU; 9 JANUARI 2019 (Rabu) – Penunggang motorsikal mengalami patah tangan kiri manakala pemboncengnya luka ringan selepas terbabit kemalangan dengan sebuah motokar Jenis Avanza di Jalan Kuhara, pagi tadi.

Gambar dr fb bestawau fm

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus dalam kenyataan berkata, dalam kejadian pukul 8 pagi itu, kedua-dua mereka yang berumur 22 dan 18 tahun itu walaubagaimanapun telah mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

Gambar dr fb bestawau fm

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan berpunca selepas pemandu Avanza berusia 69 tahun itu tidak memberi keutamaan pada motorsikal yang berada dijalan lurus semasa melalui lorong pusingan-U di Jalan berkenaan.

Gambar dr fb bestawau fm

Katanya, keadaan itu menyebabkan Avanza telah dilanggar dari tepi sisi kiri belakang oleh motosikal tersebut.

ACP Fadil berkata, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: fb #BESTAWAUfm

Komen