PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERLIBAT KEMALANGAN

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERLIBAT KEMALANGAN

TAWAU; 03 SEPTEMBER 2018 (Isnin) – Penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang turut membabitkan sebuah kereta pacuan empat roda di Simpang menghala ke Taman Semarak, Jalan Kuhara Tawau, pagi tadi.

Ketua Polis daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, penunggang motosikal berumur 26 tahun tersebut telah meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tawau.

ACP Fadil berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca selepas pemandu pacuan empat roda tersebut membelok masuk ke simpang Taman Semarak sehingga menyebabkan sebuah motosikal yang berada di jalan lurus tidak dapat mengelak lalu merempuh sebelah kiri belakang kenderaan berkenaan.

Katanya, kemalangan menyebabkan penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah telah di bawa ke Hospital Tawau namun disahkan meninggal dunia, sementara pemandu land cruiser berumur 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut ACP Fadil, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) APJ 1987.

Info #BESTAWAUfm

Komen