PENEMUAN MAYAT LELAKI TERAPUNG DISERAH KEPADA POLIS IPD KUNAK UNTUK SIASATAN LANJUT

PENEMUAN MAYAT LELAKI TERAPUNG DISERAH KEPADA POLIS IPD KUNAK UNTUK SIASATAN LANJUT

KUNAK; 20 NOVEMBER 2019 (Rabu) – Penemuan mayat lelaki lengkap berpakaian yang terapung pada Isnin lepas kira-kira pukul 7 pagi di Perairan Pantai Sarina diserahkan kepada pihak Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak, Madzlan Sarman yang dihubungi pemberita RTM berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung penemuan untuk membantu membawa naik mayat berkenaan ke darat kira-kira pukul 7.37 pagi.

Beliau berkata, 7 anggota diketuai Penyelia Operasi PBK II Abdul Rasah Kaluang menaiki sebuah kenderaan bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, pihak bomba menggunakan sebuah bot Penyelamat untuk membawa naik penemuan mayat berkenaan ke darat sebelum menyerahkannya kepada pihak Polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

#BESTAWAUfm

Komen