PENAGIH, PENGEDAR DADAH DAN EMPAT PATI DITAHAN MENERUSI OP CEGAH JENAYAH RAMADAN

PENAGIH, PENGEDAR DADAH DAN EMPAT PATI DITAHAN MENERUSI OP CEGAH JENAYAH RAMADAN

TAWAU; 9 MEI 2019 (Khamis) – Polis menahan Tiga penagih, seorang lelaki disyaki pengedar dadah serta empat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Warga Filipina Dalam operasi Bersepadu Cegah Jenayah Ramadan di sekitar daerah Tawau, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Nor Azizulkifli Mansor dalam kenyataan berkata, seramai 76 individu telah diperiksa.

Bagaimanapun, lapan individu termasuk seorang wanita berumur 35 hingga 50 telah ditahan atas kesalahan Penyalahgunaan Dadah dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurut Supritendan Nor Azizulkifli, polis turut merampas kira-kira 5.40 gram Syabu bernilai kira-kira 500-ringgit.

Kes tersebut disiasat dibawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta yang sama serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Operasi yang bermula pukul 11 malam dan berakhir 3 pagi itu dijalankan di Penginapan Sekitar Bandar Tawau, Bukit Gemuk, Kampung Vietnam, Kampung Sri Menanti, Kampung Tanjung Batu dan Kawasan Takada.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi ini bertujuan mengekang berlakunya kes Pecah Rumah, membanteras aktiviti jenayah dadah selain memastikan masyarakat berasa selamat.

Justeru, Supritendan Nor Azizulkifli menegaskan operasi berterusan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Operasi Bersepadu itu disertai 102 pegawai dan anggota penguatkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Sukarelawan PDRM, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Imigresen.

#BESTAWAUfm

Komen