PENAGIH DADAH ANTARA 7 INDIVIDU DITAHAN, 3 MOTORSIKAL DIRAMPAS DAN 23 KEPING SAMAN TRAFIK DIKELUARKAN MENERUSI OP CEGAH JENAYAH DI TAWAU

PENAGIH DADAH ANTARA 7 INDIVIDU DITAHAN, 3 MOTORSIKAL DIRAMPAS DAN 23 KEPING SAMAN TRAFIK DIKELUARKAN MENERUSI OP CEGAH JENAYAH DI TAWAU

TAWAU; 12 MEI 2019 (Ahad) – Polis menahan 7 individu termasuk 4 penagih dadah dalam Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah, di sekitar daerah Tawau, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supritendan Nor Azizulkifli Mansor berkata, seramai 101 orang diperiksa membabitkan 67 lelaki dan 34 wanita di sebuah Penginapan Jalan Bakau, Flat Sabindo, Batu Payung, Taman Apas dan Flat Sri Apas Batu 8.

Bagaimanapun, 2 lelaki tempatan, dua wanita warga Filipina ditahan selepas Positif dadah serta memiliki 0.4 Gram Dadah jenis Syabu dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, dua individu lelaki dan wanita ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 manakala seorang lagi lelaki ditahan dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Menurut Supritendan Nor Azizulkifli, pihaknya turut merampas 3 buah motosikal dan mengeluarkan 23 keping Saman menerusi Sekatan Jalan Raya di Jalan Kuhara.

Operasi Bersepadu bermula 11 malam hingga pukul 3 pagi itu disertai 109 pegawai dan anggota dari IPD Tawau, Sukarelawan PDRM, Jabatan Imigresen dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Jelas Supritendan Nor Azizulkifli, Operasi akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan secara berperingkat bagi memastikan membanteras aktiviti jenayah dadah dan kehadiran pendatang asing tanpa izin.

#BESTAWAUfm

Komen