PELAJAR PEREMPUAN CEDERA RINGAN, MOTORSIKAL DITUNGGANG BERTEMBUNG SEBUAH MOTOKAR

PELAJAR PEREMPUAN CEDERA RINGAN, MOTORSIKAL DITUNGGANG BERTEMBUNG SEBUAH MOTOKAR

TAWAU; 18 APRIL 2019 (Khamis) – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga cedera ringan selepas motorsikal yang ditunggang memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah motokar di Jalan Sin San Pasir Putih, Kelmarin.

Dalam kejadian 11.40 pagi itu, pelajar berkenaan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tawau.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supritendan Nor Azizulkifli Mansor dalam kenyataan berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca apabila penunggang motosikal telah hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah motokar yang dipandu seorang guru, 39 tahun.

Difahamkan, pelajar sekolah berkenaan telah dikenakan saman atas kesalahan tidak memiliki lesen B2 mengikut Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 akta yang sama. -#BESTAWAUfm

Komen