PASUKAN POLIS MARIN RAMPAS PELBAGAI JENIS MERCUN, BUNGA API

PASUKAN POLIS MARIN RAMPAS PELBAGAI JENIS MERCUN, BUNGA API

LAHAD DATU: Seorang pemilik kedai runcit warganegara Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas didapati menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api di dalam premisnya, di Kampung Sharif, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, serbuan pukul 9.45 malam itu dilakukan hasil risikan dan maklumat daripada orang awam.

Hasil pemeriksaan di dalam premis berkenaan, PPM berjaya menemukan dua kotak berisi pelbagai jenis bunga api dan mercun. Gambar SNT / Ihsan IPD Lahad Datu

“Ketika kita menjalankan pemeriksaan, seorang lelaki warganegara Indonesia (suspek) berusia 51 tahun berada di dalam premis berkenaan.

“Kita kemudian melakukan pemeriksaan dan menemukan dua kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan Polis Marin merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api di sebuah kedai runcit di Kampung Sharif Lahad Datu semalam. Gambar SNT / Ihsan IPD Lahad Datu

Mohamad Pajeri berkata, semua barangan terbabit dirampas dan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,333.

“Kes disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. – SabahNewsToday

Komen