PASUKAN KESELAMATAN TAHAN 74 PATI DALAM OPERASI INTER AGENSI DI TAWAU

PASUKAN KESELAMATAN TAHAN 74 PATI DALAM OPERASI INTER AGENSI DI TAWAU

TAWAU (6 Okt) – Pasukan keselamatan telah menahan 74 pendatang asing tanpa izin (PATI) di empat lokasi berasingan di kg. hidayat perkampungan atas air dalam satu operasi Interagensi yang diselaraskan oleh Pasukan Polis Marin Tawau, semalam.

Operasi yang bermula seawal jam 7.40 malam yang turut disertai oleh Jabatan imigresen dan Pasukan Gerakan Am Batalion 14 itu menyasarkan kawasan yang disyaki menjadi laluan dan persembunyian pati di kawasan berkenaan.

Dalam operasi berkenaan pasukan keselamatan telah menahan 74 pati yang terdiri daripada 29 lelaki, 28 wanita dan 13 kanak, kesemuanya warga Indonesia.

Dalam operasi pertama, PPM telah menahan 3 tekong yang berumur 24 -50 tahun yang juga merupakan pemandu kepada 3 buah kenderaan kerana disyaki melakukan aktiviti penyeludupan migran dengan membawa 25 penumpang tanpa memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah di kawasan berkenaan.

Manakala dalam dua operasi berasingan di dua lokasi berasingan, PPM telah menyerbu dan membuat pemeriksaan terhadap sebuah jambatan dan sebuah rumah tidak bernombor di kg. hidayat dan telah menahan 49 orang kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Turut dirampas 3 buah kenderaan yang bernilai lebih RM 135,000.00 yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan migran dan pemerdagangan manusia.

Kesemua tahanan telah dibawa ke pangkalan polis marin Tawau untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

C&P
credit to #ESSCOMFB

Komen