Pasti Tawau adakan Temasya Sukaneka ke-31 2018

Pasti Tawau adakan Temasya Sukaneka ke-31  2018

TAWAU: Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Daerah Tawau pada Ahad lepas telah mengadakan Temasya Sukaneka ke-31 di padang terbuka Kompleks Sukan Tawau.

Sebanyak 21 Pasti mengambil bahagian yang telah dirasmikan oleh Adun Berangan, Terengganu merangkap Pengarah Kokurikulum Pasti Malaysia Ustaz Sulaiman Sulong.

Sukaneka itu adalah acara tahunan Pasti yang bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara tenaga pengajar daerah ini bersama Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru (JIBG) yang telah dilantik agar bekerjasama walaupun berlainan tempat.

Sebanyak lapan acara dipertandingkan untuk muslimin dan muslimat iaitu acara perbarisan, tarik tali, isi air dalam botol, lari bawa bola, lari 50 meter, baling bola dalam bakul dan lari dalam guni.

Antara yang terlibat ialah Pasti Nurul Hannani Jalan Kuhara, Pasti Iman Tanjung Batu, Pasti Nurul Huda Pasir Putih, Pasti Nurul Mawaddah Taman Ria, Pasti Nurul Falah Titingan, Pasti Nurul Ain Batu 2 Jalan Apas, Pasti Nurul Izzah Jalan Saddani, Pasti Fara’ain Merotai, Pasti Siddiq Taman Semarak, Pasti Nurul Syuhadah Batu Payung dan Pasti Nurul Hidayah Logpond.

Pasti Nurul Hasanah Sungai Gading, Pasti Nurul Haq Kinabutan, Pasti Nurul Faizin Bandar Sri Indah, Pasti Nurul Najah 1 Taman Megah Jaya, Pasti A-Ikhwan Felda Umas, Pasti Nurul Najah 2 Taman Mega Jaya, Pasti Nurul Sakinah Balung, Pasti Nurul Fathonah Desa Ranggu, Pasti Taman Apas Permai dan Pasti Tg Batu Darat.

Dalam pada itu, Pasti Nurul Hanani Jalan Kuhara muncul juara keseluruhan acara padang, naib johan Pasti Nurul Syuhadah Batu Payung dan tempat ketiga Pasti Nurul Haq Kinabutan Ria.

Sementara tempat pertama acara perbarisan yang paling kreatif dan ceria telah dimenangi oleh Pasti Nurul Najah 1 Taman Megah Jaya yang bertemakan ‘Di mana ada pensil di situ ada pemadam, begitulah dalam setiap kumpulan kena ada kerjasama’.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Pasti Nurul Hanani Jalan Kuhara dengan tema ‘Jagalah alam sekitar bumi kita’ dan diikuti Pasti Nurul Izzah Jalan Saddani dengan tema ‘Unit perubatan’ di tempat ketiga.

Utusan Borneo (Sabah)

14 Sep 2018

Oleh NORHAYATI TANGNGA

Komen