PASAR TANI SABINDO, TAWAU

PASAR TANI SABINDO, TAWAU

Pasar Tani Sabindo sangat sinonim dengan masyarakat daerah Tawau kerana ianya telah lama beroperasi di daerah Tawau sejak tahun 1991. Perkataan sabindo adalah singkatan daripada perkataan Sabah & Indonesia dimana melambangkan penduduk daerah Tawau ini ada yang berketurunan Sabah dan Indonesia memandangkan Daerah Tawau bersempadan dengan Kalimantan Indonesia. Pasar Tani ini beroperasi pada setiap Hari Ahad bermula jam 6.00 pagi hingga 1.00 petang. Kedudukanya yang berada ditengah-tengah pusat Bandar Tawau memudahkan akses ke pasar tani ini.

Produk paling popular di Pasar tani Sabindo ialah jualan ikan laut segar yang dipancing yang diusahakan En Amat Kiram atau lebih dikenali sebagai ‘Pakcik Amat’. Kesegaran ikan pancing ini tidak dapat disangkal apabila ianya laris seawal jam 8.00 pagi dimana pengusaha restoran juga sanggup beratur untuk membeli ikan usahawan ini. Antara ikan pancing yang dijual adalah seperti ikan kerapu, ikan merah, ikan belanak dan pelbagai jenis ikan lain.

Di Pasar Tani Ini juga kita boleh mendapatkan pelbagai makanan tradisional masyarakat Bugis Daerah Tawau seperti beroncong, sawalla, borongko, burasak, nasi kuning ikan, tapai ubi, kuih janda, kuih sokko, kuih lemper, Gado-Gado, kuih tumbuk. Sayuran kampung seperti lembiding, terung pipit dan ulaman lain juga banyak dijual dipasar tani Sabindo Tawau.

Sumber: pasartani.gov.my

Komen