PAS TAWAU MOHON MAAF

PAS TAWAU MOHON MAAF

KOTA KINABALU: Pas Kawasan Tawau hari ini memohon maaf atas kekeliruan akibat laporan polis yang dibuat terhadap penganjuran Fiesta Di Ambang Tahun Baru 2019 oleh Pejabat Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew.

Yang DiPertua Pas Tawau, Mohamad Hussein dalam siaran media hari ini menyatakan PAS Kawasan Tawau tidak menghalang mana-mana kaum, agama, sektor dan strata kaum menganjurkan apa-apa perayaan keagamaan, kebudayaan atau aktiviti sosial di mana-mana sahaja yang mematuhi undang-undang.

Beliau mendakwa laporan polis dibuat adalah sebagai “respons” Pas Tawau terhadap rungutan orang ramai tentang penganjuran program tersebut yang “mengandungi unsur-unsur dakwah Kristian kepada orang awam yang turut dihadiri oleh orang Islam.”

“Keadaan ini amat berbeza dengan penganjuran sebelumnya,” katanya.

Laporan polis yang dibuat oleh Pas Tawau telah mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin dan segenap rakyat Malaysia di Sabah.

Antaranya menyatakan bahawa perkara sedemikian tidak pernah menjadi masalah di Sabah dan tidak ada paksaan kepada sesiapa menghadiri majlis tersebut.

Ada juga yang berkata bahawa tidak sepatutnya seorang Uskup atau Bishop berkhutbah dengan tujuan berdakwah dalam majlis dihadiri oleh orang Islam.-SabahNewsToday

Komen