OPS BERSEPADU POLIS, IMIGRESEN TAHAN 16 PATI DI KUNAK

OPS BERSEPADU POLIS, IMIGRESEN TAHAN 16 PATI DI KUNAK

KUNAK; 14 JULAI 2019 (Ahad) – Polis menahan 16 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Warga Filipina dalam Operasi Bersepadu di Ladang Jingka Baru Kunak, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supritendan Baharin Md Tahir dalam kenyataan berkata, seramai 46 Orang diperiksa bagaimanapun, 16 individu iaitu 10 lelaki dan enam wanita ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, tangkapan anggaran umur 20 hingga 50 tahun itu kemudian di bawah ke Jabatan Imigresen untuk siasatan dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/93.

Beliau berkata, tumpuan lokasi operasi kali ini dijalankan bagi tujuan pencegahan PATI yang sekali gus membendung jenayah di Kunak.

Operasi Bersepadu selama 5 jam bermula pukul 3 pagi itu disertai lebih 30 pegawai dan anggota termasuk Jabatan Imigresen.

#BESTAWAUfm

Komen