OPERATOR KILANG MAUT TERBABIT KEMALANGAN DENGAN SEBUAH LORI

OPERATOR KILANG MAUT TERBABIT KEMALANGAN DENGAN SEBUAH LORI

KUNAK; 17 MEI 2019 (Jumaat) – Seorang Operator kilang lelaki maut selepas motorsikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Kilometer 8 Jalan Kunak-Lahad Datu, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa berumur 18 tahun meninggal dunia ditempat kejadian akibat patah kedua-dua paha manakala pemandu lori warga emas lelaki berumur 77 tahun yang mengalami kecederaan parah kemudian menerima rawatan di Hospital Kunak.

Ketua Polis Daerah Kunak, Suprintenden Baharin Md Tahir dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang menunggang motorsikal dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan namun tidak berjaya sebelum bertembung dengan sebuah lori yang berada di laluan bertentangan.

Kesan pertembungan dan seretan di atas jalan, mangsa dipercayai melambung sebelum maut dilokasi kejadian manakala motorsikal yang ditunggang terseret sejauh 14 meter.

Supritendan Baharin berkata, siasatan masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#BESTAWAUfm

Komen