OPERASI PPM, JABATAN PERIKANAN LAHAD DATU KESAN PENJUALAN IKAN HASIL PENGEBOMAN

OPERASI PPM, JABATAN PERIKANAN LAHAD DATU KESAN PENJUALAN IKAN HASIL PENGEBOMAN

LAHAD DATU; 11 JULAI 2019 (Khamis) – Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Perikanan Lahad Datu melancarkan Operasi Bersepadu yang bertujuan mengesan penjualan hasil aktiviti mengebom ikan di daerah ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan medianya berkata, Operasi bersepadu itu di laksanakan di sepanjang jalan di Merabung, Tungku kira-kira pukul 11 pagi.

Dalam operasi itu, tiada sebarang kesalahan direkodkan.

Bagaimanapun, peniaga dinasihat agar tidak menjual ikan hasil daripada aktiviti bom ikan kerana menjadi kesalahan dibawah Seksyen 26 Akta Perikanan 1985.

Justeru, beliau turut meminta agar masyarakat mempunyai sebarang maklumat berkaitan penjualan ikan bom atau aktiviti pengeboman ikan, ke balai polis yang berdekatan untuk tindakan lanjut.

#BESTAWAUfm

Komen