OPERASI BERSEPADU MENCEGAH JENAYAH SEMPENA BULAN SYAWAL IPD TAWAU

OPERASI BERSEPADU MENCEGAH JENAYAH SEMPENA BULAN SYAWAL IPD TAWAU

Tawau, 17 Jun 2019 – Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah ( OBMJ ) IPD Tawau sempena bulan syawal telah dilaksanakan selama seminggu di sekitar bandar Tawau bagi mencegah jenayah dan membanteras gejala najis dadah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Ak Umbuas berkata, hasil daripada kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis melalui aplikasi ‘ Volunteer Smartphone Patrol ‘ ( VSP ), ‘ Whatsapp ‘ , e-mail facebook Polis Daerah Tawau dan sebagainya aktiviti jenayah di daerah Tawau ini dapat dibendung dan dicegah melalui operasi yang dijalankan.

Hal ini demikian, sepanjang operasi dilancarkan kadar jenayah indeks seperti pecah rumah, ragut, curi dan lain-lain kes jenayah semakin menurun dan menunjukkkan perubahan yang positif dari aspek keselamatan penduduk di daerah ini.

Katanya lagi, pemeriksaan terhadap individu yang ditahan untuk tujuan pemeriksaan juga merangkumi kesalahan di sisi undang-undang seperti memilik dadah, menjadi penagih dadah, tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah serta suspek yang dikehendaki untuk membantu dalam siasatan kes jenayah.

Masyarakat diseru agar lebih bekerjasama dengan pihak polis untuk menyalurkan maklumat dalam membanteras jenayah. Jalinan silaturahim yang erat ini akan dapat mengekalkan bandar Tawau berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera bagi memantapkan lagi keselamatan warga penduduknya tanpa berasa takut untuk diancam oleh pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.

Jika ingin menyalurkan maklumat kepada pihak polis boleh menggunakan aplkasi :-

➡ Aplikasi VSP
Apple IOS
https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2

➡ Talian 089-772121 atau email polistawau@gmail.com

Komen