OPERASI BERSEPADU: 47 WARGA ASING DITAHAN

OPERASI BERSEPADU: 47 WARGA ASING DITAHAN

TAWAU, 23 Januari 2019 – 47 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dan Filipina ditahan dalam satu Operasi Bersepadu di perkempungan atas air kampung Kurnia Jaya Batu 4 dan kampung Titingan, Tawau awal pagi tadi.

Ketua Polis Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj. Marsus berkata, kesemua yang ditahan gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ditahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Gambar/foto dari fb polis daerah Tawau

“Dalam operasi bersepadu yang dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia Tawau, Unit Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan keanggotaan 161 terdiri dari Pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan AM Batalion 14 (PGA) Tawau, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia serta seramai 273 orang telah diperiksa,” katanya.

Selain itu, operasi bersepadu juga berjaya menahan empat orang suspek kes pecah rumah dan ditahan dibawah seksyen 457 Kanun Keseksaan, dua orang suspek kes curi ditahan dibawah seksyen 379 Kanun Keseksaan, empat orang ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala seorang ditahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ujarnya, sepanjang operasi dijalankan sebanyak lebih kurang 200 buah rumah di perkampungan atas air berkenaan telah diperiksa.

Mengulas lanjut, ACP Fadil berkata, operasi ini merupakan operasi pertama dalam tahun ini selaras dengan program untuk menjadikan kampung-kampung ini sebagai cadangan di dalam Program Kampung Angkat IPD Tawau dalam hasrat proses pemutihan kawasan penempatan tersebut dan akan dilaksanakan dengan lebih kerap serta lebih agresif yang juga merupakan kawasan HOTSPOT pengedaran dan penagih dadah, pendatang tanpa izin dan beberapa aktiviti jenayah dapat dibendung.

Gambar/foto dari fb daerah tawau

“Ia juga bedasarkan langkah-langkah pencegahan bagi mengenalpasti ancaman dan keadaan keselamatan di daerah ini daripada kehadiran PATI yang boleh menggugat keselamatan masyarakat setempat dan mengenalpasti penempatan setinggan atau rumah kongsi yang didirikan secara haram atau tanpa kebenaran pihak berkuasa serta mana-mana kumpulan atau individu yang berada di kawasan sasaran operasi bersepadu,” jelasnya.

Selain itu katanya, ia merupakan usaha Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dalam pembanterasan jenayah dan dadah secara agresif adalah salah satu perkara yang perlu ditangani habis-habisan dalam mencapai misi serta mempergiat usaha ke arah Tawau Sejahtera demi memastikan masyarakat di daerah ini mencapai keamanan dan sejahtera.

Sumber: fb polis daerah Tawau

Komen