Musa didakwa sekali lagi

Musa didakwa sekali lagi

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari ini didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas 16 pertuduhan baharu melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, 13 tahun lalu di Kompleks Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE/ FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 5 Mac – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari ini didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas 16 pertuduhan tambahan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram melibatkan jumlah lebih AS$37.8 juta dan S$2.5 juta, 13 tahun lalu.

Musa yang memakai kot warna biru dan bersongkok bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu selesai dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Musa, 68 didakwa melakuka perbuatan itu di Bank UBS AG Singapura dan Bank UBS AG, Central Hong Kong Special Administrations Region of The Republic of China antara 21 Jun 2006 dan 14 Mei 2008.

Semua pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi. – UTUSAN ONLINE

Komen