MURID TAHUN DUA MAUT DILANGGAR

MURID TAHUN DUA MAUT DILANGGAR

TAWAU; 5 MARCH 2019 (Selasa) – Seorang murid lelaki tahun dua maut selepas dilanggar sebuah van ketika dalam perjalanan balik ke rumah di hadapan sebuah sekolah rendah di daerah ini kira-kira pukul 5.45 petang, Kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, kemalangan berlaku semasa pemandu menggerakkan van persendirian berkenaan secara mengundur tanpa menyedari telah melanggar kanak-kanak berumur lapan tahun terbabit.

Menyedari mangsa terbaring di hadapan van itu, pemandu van kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

#BESTAWAUfm

Komen