MOTOSIKAL BERTEMBUNG, DUA PENUNGGANG MAUT

MOTOSIKAL BERTEMBUNG, DUA PENUNGGANG MAUT

LAHAD DATU; 18 OGOS 2019 (Ahad) – Dua Penunggang motosikal maut selepas motosikal mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 9 Jalan Lahad Datu-Tawau, semalam.

Dalam kejadian 8.20 malam itu, mangsa berumur 32 tahun dari Kampung Sri Aman Silam dan seorang mangsa berumur 25 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, kemalangan berlaku semasa mangsa yang menunggang bersama pembonceng wanita berumur 20 tahun dari arah jalan Lahad Datu menuju ke jalan Silam telah hilang kawalan sebelum terseret ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan sebuah motosikal.

Kemalangan mengakibatkan kedua-dua Penunggang maut manakala pembonceng wanita yang cedera parah dirawat dihospital Lahad Datu.

Menurut ACP Nasri, siasatan lanjut masih diteruskan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#BESTAWAUfm

Komen