MKN HANTAR PULANG 117 PATI INDONESIA KE NEGARA ASAL

MKN HANTAR PULANG 117 PATI INDONESIA KE NEGARA ASAL

TAWAU; 11 JULAI 2019 (Khamis) – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sabah melaksanakan proses penghantaran pulang 117 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia ke negara asal melalui pelabuhan Tawau ke Nunukan Indonesia, petang tadi.Pengarahnya Sh. Sitti Saleha Habib Yussof dalam kenyataan berkata daripada jumlah tersebut, 88 merupakan lelaki dewasa sementara 28 perempuan dewasa dan seorang lagi kanak-kanak perempuan.Menurut Sh Sitti Saleha, proses penghantaran pulang PATI merupakan komitmen berterusan kerajaan bagi menangani kemasukan PATI ke negeri ini selain dikelolakan oleh MKN dengan kerjasama agensi lain termasuk Jabatan Imigresen (JIM).#BESTAWAUfm

Komen