MILIKI SYABU, POLIS BERKAS LELAKI WARGA FILIPINA

MILIKI SYABU, POLIS BERKAS LELAKI WARGA FILIPINA

TAWAU; 10 MEI 2019 (Jumaat) – Bertindak atas maklumat Volunteer Smartphone Patrol (VSP), tindakan pantas polis menahan seorang lelaki warga Filipina dan merampas Syabu kira-kira 0.29 gram dengan anggaran nilai 30-ringgit dalam satu serbuan di kawasan kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Nor Azizulkifli Mansor berkata, lelaki berumur 35 tahun itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan di Kawasan Kampung berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut di sebuah beg silang yang dipakai menemui satu paket plastik lutsinar yang berisi ketulan hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.29 gram.

Menurut Supritendan Nor Azizulkifli, pemeriksaan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan kes disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 15(1)(a) Akta yang sama.

#BESTAWAUfm

Komen