MILIKI DUA SENAPANG ANGIN BUATAN SENDIRI, DUA LELAKI TEMPATAN DITAHAN

MILIKI DUA SENAPANG ANGIN BUATAN SENDIRI, DUA LELAKI TEMPATAN DITAHAN

TAWAU; 17 APRIL 2019 (Rabu) – Polis Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Tawau menahan dua lelaki tempatan dan merampas dua laras senapang angin buatan sendiri yang disembunyikan di sebuah rumah di Kampung Serudong Baru, Isnin lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supritendan Nor Azizulkifli Mansor berkata, kedua-dua lelaki masing-masing berumur 28 dan 32 tahun itu ditahan semasa pihak polis menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah di sekitar kampung tersebut.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menjumpai dua senapang angin buatan sendiri yang di simpan di dalam stor rumah berkenaan.

Katanya, suspek memberi alasan menggunakan senjata itu untuk menembak musuh tanaman seperti tupai.

Bagaimanapun, Supritendan Nor Azizulkufli berkata senjata tersebut berbahaya dan pemiliknya perlu mendapatkan permit sebelum boleh memiliki dan menggunakan senapang angin tersebut.

Sementara ujian air kencing kedua-dua lelaki tersebut didapati positif dadah jenis Methampithamine.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Sekyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda 10-ribu ringgit atau kedua-duanya sekali dan seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

– #BESTAWAUfm

Komen