MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Podul

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Podul

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu boleh menyebabkan berlaku angin kencang dan laut bergelora dan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 1,196 kilometer (km) ke timur laut Kudat, Sabah.

“Berdasarkan pencerapan jam 8 malam ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 140 km ke Tenggara Luzon, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 35 km sejam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kelajuan angin ribut tropika berkenaan boleh mencapai sehingga 65 km sejam. – BERNAMA

Komen