MEREKA JUGA MANUSIA

MEREKA JUGA MANUSIA

TAWAU_ 20 JANUARI 2020 | Para gelandangan @homeless di bandar ini telah disantuni dengan burger dan air minuman. Sangat sederhana namun cukup berharga untuk golongan yang terbiasa tidur kelaparan.
Ada dalam kalangan mereka masih menyelongkar tong sampah mencari apapun yang boleh dibuat duit atau dimakan ketika sukarelawan PERKALAS@TF SABAH tiba.

Mungkin di siang hari sukar menemui mereka disebabkan mereka juga beraktiviti seperti manusia lain dengan bekerja mengikut kemampuan yang mereka ada. Ada juga yang tidak siuman merayau-merayau disiang hari manakala di malam hari apabila keletihan mereka tidur di mana yang mereka suka.

Apa yang membuat para sukarelawan kadang terkilan apabila melihat segelintir manusia yang berkelakuan kasar kepada golongan gelandangan. Mungkin penampilan mereka membuatmu jijik dan meloyakan. Tapi sedarka mereka juga seperti kita makhluk Tuhan bernama MANUSIA. Makhluk terbaik yang Tuhan cipta di alam ini.

Ada yang sanggup membazirkan makanan dengan membuangnya di tong sampah tampa ada rasa peduli sedikitpun dengan golongan ini. Anda tidak akan menjadi miskin dengan memberikan sebungkus makanan kepada mereka.

Tak maluka diri di dalam solat bermunajat dan meminta segala-gala kesenangan kepada Tuhan semesta alam namun sangat kikir dan kedekut untuk berkongsi sedikit rezeki yang dipinjamkan ???.

Pasti Tuhan tidak mengirimkan golongan gelandangan di depan mata ini sia-sia. Beruntunglah mereka yang sedar akan hikmah mengapa gelandangan ini di hadirkan di sekeliling hidup kita. Allah mungkin ingin melihat sejauh mana para hambanya ini menggunakan harta yang ditompokkan untuk apa. Qarun tetap akan wujud di setiap zaman. Semoga kita tidak mengikut jejak langkahnya tanpa kita sedari.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *