Maybank antara bank paling selamat di Asia

Maybank antara bank paling selamat di Asia

Maybank sekali lagi dinamakan sebagai antara bank paling selamat di Malaysia oleh majalah kewangan bulanan, Global Finance. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: : Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi dinamakan sebagai antara bank paling selamat di Malaysia oleh majalah kewangan bulanan, Global Finance, sebagai sebahagian daripada kaji selidik eksklusifnya yang akan diterbitkan dalam keluaran November 2019.

Selain daripada Maybank, DBS Bank dari Singapura, Bank Islam Brunei Darussalam Brunei dan Bank Central Asia Indonesia juga berada dalam senarai bagi rantau Asia.

Selain daripada Bank Paling Selamat mengikut Negara, laporan penuh itu juga termasuk 50 Bank Perdagangan Paling Selamat di Dunia, 50 Bank Paling Selamat di Pasaran Sedang Pesat Membangun dan Institusi Kewangan Islam Paling Selamat di Negara-Negara Majlis Kerjasama Teluk.

“Senarai bank paling selamat mengikut negara kami itu memberikan pemahaman tentang institusi kewangan yang jarang mendapat perhatian global tetapi boleh menawarkan rangkaian dan pengetahuan mendalam tempatan,” kata Penerbit dan Pengarah Editorial Global Finance, Joseph D. Giarraputo. – BERNAMA

Komen